“Minta Maaf, Jangan Tag Saya Lagi K3s Orang Susah…” – Berjuta Ringgit Dibelanja, Ebit Lew Sed1h Bantuan Disalaherti

Pendakwah terkenal, Ebit Lew meluahkan perasaan berikutan niatnya membantu golongan kurang berkemampuan disalahertikan dan dipertika1kan oleh segelintir pihak.

“Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman,” katanya menerusi perkongsian di halaman Facebook miliknya, petang Jumaat.

Ebit Lew berkata, beliau dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi keterangan susulan aduan membabitkan k3s melibatkannya yang tu1ar, baru-baru ini.

Malah, beliau turut mengumumkan untuk tidak lagi keluar berkhidmat memberi bantuan sepanjang tempoh PKP sebagaimana yang telah dinasihatkan.

“Atas nasihat, setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan. Mereka semua baik-baik, melayan saya dengan sangat baik. Terima kasih sangat.

“Cuma sayalah terasa sed1h sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa, saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas naj1s atau tepi jalan.

“Lebih 100 orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka,” ujarnya.

Menurut Ebit Lew, beliau tiada niat untuk menu1arkan bantuan-bantuannya, sambil mend3dahkan menggunakan wang sendiri untuk membantu golongan yang memerlukan terutama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya pun tak niat nak v1ral apa ke. Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah.

“Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa PKP ini dah berjuta habis. Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan.

“Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner,” katanya.

Saya minta maaf kepada semua ye. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung… nanti habis PKP baru saya cuba bantu

EBIT LEW

Beliau bagaimanapun mengakui sed1h semasa memberi keterangan kepada pihak p0lis yang mungkin disebabkan kepenatannya masih terasa.

“Tadi menangis saya beri keterangan kepada beberapa pegawai sebab penat kot. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik, saya bukan sesiapa cuma Cina Islam yang sayangkan Islam dan Malaysia.

“Saya minta maaf kepada semua ye. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit kepada orang susah,” katanya sambil menambah akan melakukan perkara tersebut dari rumah.

Menurut Ebit Lew, beliau akan berusaha untuk membantu selepas berakhirnya PKP.

“Jangan tag saya lagi k3sorang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu. Saya cuma nak pelvk anak saya. Saya nak pelvk bidadari saya.

“Selamat Ramadan kepada semua. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya reda. Saya minta maaf pada semua ye, saya salah.

“Kepada Allah saya berserah. Ya Allah aku adukan sed1h aku, susah aku hanya kepada Engkau,” katanya.

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*