Aktres jelita, Datin Seri Maria Farida dan suaminya, Datuk Seri Rahman Shakur telah mendirikan rumah tangga pada 26 November 2015.
Maria juga memiliki seorang anak lelaki, Mizan Ashley, 23, hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu.
Terbaharu, Maria meluahkan rasa rindu terhadap ibunya kerana tidak dapat berjumpa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan di negara ini.
Namun begitu, Maria memahami situasi svkar ketika ini dan mematuhi jarak selamat untuk melindungi insan tersayang.
“Sudah lebih sebulan saya tak berjumpa Mummy kerana PKP, saya merindui dia, tapi kena patuh pada jarak selamat untuk melindungi insan yang tersayang.
“Puasa akan bermula esok, saya rasa kami tak dapat buka puasa dan terawih bersama, tak ke bazar Ramadan membeli kuih muih dan tak bertemu rakan untuk berbuka puasa bersama,” tulis Maria di Instagram.
Dalam pada itu, Maria akui sedih namun akur dengan norma baru kehidupan ekoran kr1sis COVID-19 yang melanda.
“Memang masih sedih, tetapi inilah norma baru kita sekarang, salam Ramadan diucapkan kepada semua,” tulisnya mengakhiri kapsyen.
Perkongsiannya mendapat perhatian daripada pengikutnya. Rata-rata pengikut Maria turut mengucapkan selamat berpuasa kepadanya.
Sumber: Ig @mariafarida
Leave a Reply Cancel reply