Pelakon Hairul Azreen telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Hanis Zalikha pada Jun 2015.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf dan Alisa.
Terbaharu, Hairul Azreen menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32 hari ini.
Perkara tersebut dikongsi Hairul di laman Instagram miliknya buat tatapan ramai.
Hairil meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah memberi ucapan di hari istimewanya itu.
“23 April 2020, terima kasih semua di atas ucapan hari lahir saya hari ini, Alhamdulillah #SalamRamadan2020 #32yearsyoung,” tulisnya sebagai kapsyen.
Perkongsian Hairil itu mendapat perhatian daripada pengikut instagramnya dan juga rakan artis. Rata-rata mereka mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kebaikan buat pelakon kesayangan mereka itu.
Sumber: Ig @hairulazreen
Leave a Reply Cancel reply