Sebelum ini, penyampai radio ERA, Radin Amir dan rakan penyampai Haniff Hamzah memulakan pemberian sumbangan hasil pendapatan kepada mereka yang terjejas sepanjang PKP fasa kedua diadakan.
Semalam, Radin telah membuat lelongan kasut kesayangannya. Hasil lelongan itu, Radin berjaya mengutip wang berjumlah hampir RM10,075.
Kutipan wang tersebut akan digunakan bagi membantu mereka yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan serta golongan Frontliners yang memerlukan.
Alhamdulillah, collection Untuk lelongan amal #RadinPunya
Terima kasih
pic.twitter.com/Y4GasWekQV — R.A.A (@Radin_Era) April 20, 2020
Menerusi laman sosial Twitter, Radin berkongsi jumlah yang dikutip selepas 17 kasut kesayangannya berjaya dilelong.
“Alhamdulillah, ini adalah senarai kasut dan jumlah lelongan amal yang berjaya kita kutip malam ini.
“Kepada semua pembeli, nanti pasukan saya akan mesej untuk urusan pembayaran dan penghantaran,” tulisnya lagi.
Menerusi senarai itu, antara kasut yang berjaya dilelong adalah dari jenama New Balance, Nike dan Adidas.
Manakala kasut Yeezy 350 pula mencacatkan nilai lelongan paling tinggi iaitu sebanyak RM1850.
Sumber: Gempak, Ig @radin_era
Leave a Reply Cancel reply