Baru Empat Hari Habis Pantang, Isteri Hafiz Suip Turun Padang Jadi Sukarelawan

Penyanyi Hafiz Suip dan Nureffy Jesreel telah yang mendirikan rumah tangga sejak 2016. Pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata kedua pada awal Mac lalu.

Walaupun baru empat hari habis berpantang selepas mela hirkan anak keduanya, isteri penyanyi Hafiz Suip, Nureffy Jesreel telah turun padang melakukan aktiviti kesukarelawan.

Menurut wakil kumpulan sukarelawan, Addina Ahmade, mereka sudah mengagihkan bantuan keperluan harian kepada Hospital Putrajaya, Persatuan Orang Cacat Miri dan Zoo Melaka.

“Walaupun baru 4 hari habis pantang, Nureffy gigih turun padang dan turut sama membantu kami memberikan sumbangan.

“Sebelum ini, Nureffy hanya menyalurkan dana kepada kami dari rumah tapi selepas habis berpantang dia pun turut sama membantu kami,” kata Addina kepada Gempak.

Menariknya, pasukan sukarelawan yang terdiri daripada 5 ahli itu dibarisi oleh golongan wanita sahaja.

“Kami buat atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab membantu sesama kita yang memerlukan.

“Semua ahli pasukan kami perempuan dan tiada kena mengena dengan suami masing-masing,” tambahnya.

Fokus mereka kini untuk membantu menyalurkan keperluan kepada pihak Zoo Melaka.

“Mungkin ada yang terlepas pandang Zoo Melaka, jadi kami mengambil inisiatif untuk membantu membelikan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan daging kepada haiwan yang dijaga di sana.

“Bantuan kita lebih kepada bahan mentah dan insya-Allah kami akan ke sana lagi dalam tempoh terdekat,” ujarnya.

Pihaknya juga merayu orang ramai agar menghulurkan bantuan untuk membantu pihak dan organisasi seperti Zoo Melaka yang memerlukan ketika ini.

 

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*