Sebelum ini, telah tular di media sosial dimana seorang lelaki warga asing memegang sekeping kadbod bertulis ‘I can’t go home and have no money. I need food’ di luar sebuah restoran makanan segera.
Kedutaan Rusia menyampaikan surat penghargaan kepada polis Temerloh, Pahang yang menyelamatkan seorang pelancong asing dari Moscow yang terkandas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Menerusi surat penghargaan itu, kedutaan terbabit merakamkan ucapan terima kasih atas usaha membantu lelaki yang dikenali sebagai Maxim Lapin itu.
“Kedutaan Rusia merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan menyampaikan ‘Surat Penghargaan’ kepada seluruh warga IPD Temerloh atas segala khidmat bakti dan peng0rbanan.
“Penghargaan ini diberikan atas usaha membantu Mr. Maxim Lapin yang terkandas di Daerah Temerloh sewaktu negara Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan.
“Dikesempatan ini juga Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Yusri Bin Othman mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat dan turut membantu dalam usaha ini,” maklum wakil polis Temerloh menerusi Facebook rasmi mereka.
Leave a Reply Cancel reply