“Jasanya Sangat Besar Buat Kita Semua Terutamanya Masa PKP” – Dr Che Hafiz Cakap Pasal Roti?

Doktor kacak Dr Che Hafiz memuat naik satu entri di Instagramnya bercerita tentang roti. Mungkin bunyinya agak kelakar, tetapi penerangan Dr Che Hafiz mungkin dapat membantu kita memahaminya.

“Sungguh enak dimakan begitu saja? Biar betul doc! Ya, nampak macam simple tapi itulah dia roti Gardenia yang kian hangat kini di pasaran sebab kerap jugak saya nak pergi beli tapi selalu habis.

“Jasanya cukup besar buat kita semua terutamanya masa PKP macam sekarang ni cukup membantu saya dan juga mereka yang berada di barisan hadapan akan faham perasaan ni,” tulis Dr Che Hafiz.

Tambah Che Hafiz, rasa lapar, dahaga dan penat tu memang sudah tidak asing lagi, apatah lagi tugas yang diberikan perlukan ketahanan ment4l dan fizikal.

“Ada eloknya juga jika badan perlu tambah kembali balik tenaga yang hilang dengan pengambilan karbohidrat yang merupakan antara keperluan asas yang menjadi sumber tenaga.

“Sebagai contoh, ketika sibuk bertugas dan dapat peluang selit masa yang ada itu memang sudah tentu kena cari makanan yang mudah dibawa, ringkas, cepat dan senang. Janji boleh telan hilangkan lapar macam roti gardenia ni. Walaupun tak disalvt dgn jem. Makan kosong macam tu je rasa dia tetap terbaik,” tulis Dr Che Hafiz lagi.

Tambahnya, jika mengidam mahu membungkus nasi briyani,chicken chop atau makanan barat yang biasa dipesan sebelum PKP memang sukar.

Namun begitu, tulis Che Hafiz lagi, dalam perjuangan untuk misi yang sama iaitu membanteras w4bak Covid- 19, kerja harus dilaksanakan tetapi kesihatan diri dan nyawa petugas perlu diutamakan.

 

 

 

Sumber: Ig @drchehafiz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*