Pelakon Maya Karin berkongsi kepada umum gambar kenangan dirinya sewaktu zaman kanak-kanak yang mana ketika itu dia masih lagi dibangku sekolah.
Gambar yang dimuat naik di Instagram itu memaparkan Maya bersama rakan kelasnya ketika usianya sembilan tahun yang dirakam di Padang, Indonesia.
“Major major major throwback. Bapa saya yang berada di Bangkok mengirim gambar ini kepada saya. Ini ialah saya ketika berumur sembilan tahun bersama satu-satunya rakan kelas.
“Saya bersekolah di sebuah sekolah rendah Jerman di Padang. Selama enam tahun, saya hanya pernah ada seorang rakan kelas. Pertama Andreas Grieder, kemudian Steffen Lehmann, Ini adalah saya bersama Steffen di satu tempat di Sumatera,” kongsinya.
Bagaimanapun, gambar yang dikongsikan Maya itu kemudian mendapat perhatian netizen yang menyifatkan bahawa wajahnya itu mirip anak pelakon Nabila Huda, Keisha.
Sumber: Ig @maya_karin
Leave a Reply Cancel reply