“Aku Tau Kau Kuat..” – Fizz Fairuz Sayu Dapat Berita Ashraf Muslim Positif Covid-19

Ashraf Muslim merupakan selebriti ketiga yang disahkan positif COVID-19 selepas Puetri Aishah dan PU Riz.

Difahamkan Ashraf baru sahaja pulang daripada menjalani penggambaran drama bersiri di Scotland bersama Ben Amir, Puteri Aishah dan Hasnul Rahmat hujung bulan lalu.

Mendengar berita itu, Aktor Datuk Fizz Fairuz telah meluahkan rasa sayu apabila mengetahui kawan rapatnya, Ashraf Muslim turut disahkan positif Covid-19.

Luahan perasaan itu dibuat menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram (IG) semalam.

Menurut Fizz, dia dapat merasai perasaan yang dirasai Ashraf pada masa sekarang.

“Kita kawan dah lama @ashrafmuslim , aku paham perasaan kau.

“Insya-Allah acap,aku akan berdoa selalu untuk kau ok.. Kau jaga diri tau..


“Sayu hati aku ,tapi aku tau kau kuat.. Insya-Allah takde apa-apa ok.. Ingat tau kau kena kuat tau,” tulisnya.

Dala, pada itu, Fizz turut mendoakan agar Ashraf diberi kesembuhan daripada penyak1t tersebut.

“Aku doakan kau cepat sembuh. Nanti kita jumpa insya-Allah. Jaga diri baik-baik

“Kau sahabat aku. Call aku kalau kau perlukan apa-apa,” katanya di penghujung video.

 

 

Sumber: Ig @fizzfairuzofficial

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*