Covid-19: Kes Positif Harian Mula Menurun Kepada Dua Angka

Selepas hampir sebulan mengharungi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas, usaha yang dilakukan kerajaan untuk memutuskan rantaian wab4k COVID-19 mula menampakkan hasil positif.

Semalam, “Jeneral Pe rang” – Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kes positif harian mula menurun kepada dua angka, iaitu 85 kes pada Rabu berbanding tiga angka pada hari sebelumnya.

Ia merupakan satu tanda menunjukkan strategi yang disusun atur untuk menggempvr virus itu dengan melakukan PKP sebelum ini adalah tepat.

Malah, jumlah kes pulih harian adalah 169 kes pada Rabu, dua kali ganda lebih tinggi berbanding kes baharu yang direkodkan Selasa lepas.

Namun, masih terlalu awal untuk rakyat Malaysia menarik nafas lega dengan fakta-fakta itu kerana selagi lengkung penyebaran virvs belum dapat diratakan, selagi masih ada kes kema tian direkodkan dan selagi negara masih belum bebas sepenuhnya dari COVID-19, kemenangan belum dicapai dalam pertempvran menent4ng v1rus pembvnuh itu.

Memetik kata-kata Dr Noor Hisham, tempoh PKP fasa tiga yang masuk hari kedua hari ini, merupakan tempoh krit1kal dalam menentukan kejayaan menghapuskan wab4k COVID-19.

Hasilnya bukan hanya ditentukan dengan jumlah pakar dan kemudahan kesihatan yang ada di negara ini, malah ditentukan juga dengan tahap kepatuhan masyarakat terhadap PKP.

Ketidakpatuhan terhadap arahan itu hanya menyebabkan usaha keras yang dilakukan selama ini oleh petugas barisan hadapan termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Diraja Malaysia (ATM) untuk memerangi wab4k itu hanya menjadi sia-sia.

PDRM melaporkan sepanjang PKP fasa satu dan dua dilaksanakan sehingga Selasa lepas, sebanyak 14,922 individu ditahan kerana ingkar dengan arahan itu.

Lantaran sikap segelintir mereka yang ingkar ini juga menyebabkan kerajaan tiada pilihan selain mengenakan tindakan tegas dengan mendak wa mereka ke mahkamah setelah tindakan kompaun sebanyak RM1,000 sebelum ini dipandang enteng golongan yang de gil ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam menyatakan ada tempat khas menanti pesalah ini apabila kerajaan akan mewartakan 13 akademi pen jara sebagai pusat tahanan mereka.

Walaupun tempat tahanan itu akademi, tiada makanan mewah yang akan disediakan, peraturan dan undang-undangnya adalah sama dengan pen jara biasa, bersedialah untuk menghadapinya jika terus ingkar untuk patuh kepada PKP.- BERNAMA

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*