Sebelum ini pelakon dan usahawan, Abby Abadi banyak membantu mereka yang memerlukan anak angkat.
Perkara itu dilakukan seikhlas hati agar tidak ada orang yang membuang anak kerana ma1u dan sebagainya.
Terbaru, Abby sendiri mengambil seorang anak angkat yang lahir ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.
Pada satu entri di Instagram miliknya, Abby berkongsi nama yang dipilih oleh dia dan suami untuk cahaya mata terbaru mereka.
“Assalamualaikum. Haii Semua Uncles Auntys. Hari ke 4 Mama berpantang sangat dan Hari ke 7 utk Saya yey!
“Dah ada nama. Maira Darda Farisa. Maira bermaksud bulan, Darda bermaksud mutiara kebijaksanaan dan Farisa bermaksud pengemudi mahir,” terang Abby.
Tambah Abby lagi, dia dan suami memilih nama-nama yang membawa maksud yang lembut buat anaknya itu.
“Mama & Abah @jaiezzany bagi nama lembut-lembut je kat Darda. Biar segala sifatnya penuh kelembutan seindah namanya bila besar nanti. Abang2 Kakak2 setuju je k. Ikut Mama.
“Dah tercabut tali pusatnya malam hari ke5. Dan setakat hari ni Alhamdullillah, baby Darda tak kena kuning pun. Sihat-sihat sahaja. Sekian laporan dari Mamanya,” tulis Abby lagi.
Perkongsian Abby itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut instagramnya.
Sumber: Ig @abby_abadi112
Leave a Reply Cancel reply