Masjid India Dan Kawasan Sekitar Lokasi Ke-5 PKPD

Kawasan Masjid India dan sekitarnya menjadi lokasi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 14 April sehingga 28 April ini.

Selain Masjid India, beberapa kawasan lain termasuk Jalan Munsyi Abdullah, Dang Wangi, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Tun Perak, Jalan Melaka dan Jalan Ampang terlibat dalam pelaksanaan arahan terbaharu itu.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian, Selasa selepas mendapat nasihat menteri kesihatan.

Sementara itu, Ismail Sabri yang juga menteri pertahanan memberitahu, atas nasihat menteri kesihatan juga diputuskan PKPD di Batu21 hingga 23, Kampung Sungai Lui, Hulu Langat tamat malam tadi (Isnin), kecuali bagi Maahad Tahfizan Nabawiyyah dan sebuah rumah di Batu 23, Kampung Paya Lebar, Sungai Lui, dimana pelaksanaan PKPD dilanjutkan sehingga 28 April 2020.

Anggota polis memantau kawasan PKPD di Jalan Masjid India.

“Bagaimanapun, pelaksanaan PKPD di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor dilanjutkan lagi sehingga 28 April 2020, berikutan penambahan kes positif Covid-19 dalam kalangan penduduk.

“Kerajaan juga memutuskan PKPD ketiga melibatkan Menara City One di Jalan Munshi Abdullah, dan PKPD keempat di Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India turut dilanjutkan sehingga 28 April 2020 kerana peningkatan kes positif dalam kalangan penghuni,” jelasnya.

Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk memben dung jang kitan Covid-19 daripada menu1ar keluar.

Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penghuni diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

 

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*