“”Hati Siapa Yang Tak Tergvris…” – Asyraf Khalid Kesal Tanggapan Tumpang Pengaruh Datuk K dan Siti Nurhaliza –

Tya Ariffin dan Asyraf Khalid yang juga merupakan anak kepada ahli perniagaan terkenal Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) telah mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Arif Jiwa Asyraf, 3 dan Azzahra Jiwa Asyraf yang kini berusia satu tahun.

Terbaharu, Suami kepada pelakon Indonesia Tya Ariffin iaitu Asyraf Khalid berasa m4rah apabila segala usaha titik peluh bertahun-tahun dalam perniagaan jamu Mutyara Beauty bersama isteri dikatakan hanya bergantung kepada pengaruh bapa dan ibu tirinya, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Tambah Asyraf, dia akui terkilan dan ber4ng dengan pandangan orang luar yang menganggap kejayaan yang dikecapinya kini diperolehi dengan jalan pintas. Asyraf berasa tidak adil jika tanggapan itu berterusan.

“Hati siapa yang tak tergur1s kalau asyik terima pandangan sama yang di1emparkan orang luar serta pemerhati dunia niaga. Kadang-kadang rasa macam 1oser, kerana mereka fikir saya kecapi semua ini dengan cara mudah selain tanggapan klise.

“Jujur saya tak boleh menafikan perasaan beng4ng, je1ak dan mar4h itu pernah bersarang sampai naik ger4m. Biasalah yang orang nampak hanya keindahan, di sebalik semua itu… tak ada siapa yang tahu.

“Cuma tak adil jika mereka terus berandaian begitu dan begini. Tapi kalau terus larut dengan rasa negatif itu pun saya tak akan ke mana. Saya lawan segala rasa,” katanya.

Asyraf berkongsi perkara itu sempena ulang tahun kedua perniagaan Jamu Mutyara diusahakan bersama isterinya pada 20 April.

Selain Mutyara, Asyraf juga mengeluarkan beberapa produk makanan kesihatan lain.

Dalam pada itu, Asyraf gembira kerana diberi ruang merasai kemanisan dalam dunia perniagaan.

Tegasnya dia menceburi dunia perniagaan tanpa langsung menggunakan pengaruh ayahnya.

“Saya bertatih sendiri dari bawah. Ikutkan sejak usia tujuh tahun lagi saya sudah jual pen di sekolah dan macam macam lagi yang saya cuba. Saya serius mahu bergelar ahli perniagaan sejak usia 22 tahun hinggalah sekarang.

“Saya dan pasukan kerja kena kerja keras untuk dapatkan apa yang diraih ketika ini. Isteri saya juga antara insan penting yang berada dalam pasukan kerja itu.

“Setiap hari kami kena kerja keras. Ia tak datang bergolek begitu saja. Saya tak guna kabel pun, tak ada merayu bantuan ayah sekalipun untuk keluar modal.

“Saya sedar juga dalam dunia niaga ini bukan semua yang kita buat akan beroleh kejayaan. Ada juga perniagaan yang saya buat berakhir begitu saja. Namun itu bukan penamat segala galanya,” ujarnya.

 

 

Sumber: Mstar, Ig @asyrafkhalid

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*