Mira Filzah Dedah Dirinya Sudah Berpunya , Ini Reaksi Caprice

Seperti diketahui ramai sebelum ini, Caprice sering kali mengusik Mira di media sosial seolah-olah menyukai aktres itu. Walaubagaimanapun, ramai yang faham bahawa itu hanyalah satu bentuk gurauan sahaja.

Terbaharu, berita mengenai Mira yang sudah mempunyai teman lelaki itu mula jadi bualan hangat di media-media sosial sejak pagi tadi.

Difahamkan, Mira telah bertemu keluarga sebelah lelaki untuk berbincang mengenai ikatan hubungan mereka.

Terdahulu, Mira dan jejaka pilihannya, Wan Emir Astar yang merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid dilaporkan bakal disatukan sebagai suami isteri sekitar bulan Oktober tahun ini.

Perkara ini telah mendapat perhatian daripada Rapper dan usahawan, Caprice apabila ramai yang mengaitkanya dengan berita tersebut.

Oleh hal yang demikian, Caprice telah berkongsi sebuah video menunjukkan reaksinya apabila membaca tentang Mira Filzah mendedahkan dirinya sudah mempunyai teman lelaki.

Video tersebut dimuat naik Caprice menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya beberapa jam lalu.

“What’s up gang, it’s Caprice…Masya-Allah, kita faham, kenapa depa semua tag Caprice? Ingat kita takda calon ke apa? Agak-agaklah,” kata Caprice dalam video tersebut.

Tidak lama selepas itu, Caprice berjalan meninggalkan kamera dan masuk mengurungkan dirinya dalam sebuah almari.

Gelagat Caprice itu telah mencvri perhatian ramai pengikutnya. Rata-rata mereka berasa terhibur dan menasihatinya untuk bertabah.

 

 

Sumber: Instagram @capriceofficial , @mfmirafilzah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*