“Kami Akan Tanggung Semua Kos” – Bella Dally & Suami Lakukan Sanitasi Di Masjid & Surau Secara Percuma

Pelakon Bella Dally telah berkahwin buat kali kedua dengan Arif Izuddin pada 30 Mac 2019. Sebelum ini, Bella pernah berkahwin dengan aktor Nazim Othman, namun rumah tangga mereka menemui titik noktah apabila sah berpisah talak satu pada 17 Mei 2018.

Terbaharu, Bella sedang aktif melakukan aktiviti nyah cemar (sanitasi) di beberapa buah masjid dan surau di Kuala Lumpur dan Selangor.

Menurut Bella, dia melakukan aktiviti itu bersama suaminya, Arif.


“Saya dan suami membuat keputusan untuk sama-sama terlibat dalam sesi nyah cem4r (sanitasi awam) di beberapa buah masjid dan surau di Kuala Lumpur dan Selangor secara percuma.

“Kalau korang tau mana-mana AJK masjid atau surau, sila kongsikan mesej ini kepada mereka dan minta mereka untuk memberikan nombor telefon kepada saya, suami saya akan hubungi mereka,” tulis Bella menerusi kapsyen di Instagram.

Dalam pada itu, Bella menjelaskan semua sanitasi itu akan ditanggung oleh pihaknya.

“Kami akan tanggung semua kos termasuk kimia dan peralatan,” tambahnya.

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya. Rata-rata mereka memuji usaha murni Bella dan suaminya itu, ada juga yang berdoa agar urusan pasangan ini dipermudahkan.

 

 

 

Sumber: Instagram @belladally

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*