“Teguk Air Mineral Pun Nikmat Macam Teh Ais” – Foto Frontliners Berehat Ini Tarik Perhatian Netizen

Seorang petugas barisan hadapan Dr. Wani Wahad menarik perhatian wargamaya apabila berkongsi foto sedang berehat ketika menjalankan tugas.

Menerusi laman sosial Twitter, Dr. Wani menerusi akaun @wanie_dagreat memuat naik foto tersebut untuk tatapan wargamaya.

“Bila dah bukak baju angkasawan tu dan dan berkepak bersandar ‘dont care’ macam tu, teguk air mineral pun terasa nikmat macam minum teh ais ye kawan-kawan,” tulisnya menerusi satu kicauan.

Menerusi foto tersebut, dia dilihat bersama tiga orang petugas lain sedang berehat di luar hospital sambil menikmati air mineral.

Perkongsian Doktor itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Rata-rata wargamaya berterima kasih pada petugas-petugas ini yang tidak kenal erti penat lelah dalam membantu mengekang wab4k COVID-19.

“Semoga doktor dan pasukan fronliner dilindungiNya dan terus berjuang melawn COVID-19,” kata seorang wargamaya.

“Kita pakai mask tu kejap je beratur beli KFC pon rasa le mas. Bayangkan frontliners kita sehari sampai berbelas jam pakai PPE tu,” kata seorang wargamaya.

“Ya Allah lindungilah mereka, peliharakanlah mereka, berikanlah kesihatan dan kekuatan untuk mereka terus menabur bakti kepada negara. Amin,” doa seorang wargamaya.

“Ya Allah…semoga anda semua dikurniakn dgn sebesar2 ganjaran disisi NYA serta beroleh keberkatan berganda dalam kehidupan. Moga Allah lindungi anda semua,” pinta seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini foto tersebut telah menerima hampir 6,000 tanda suka daripada warga Twitter.

 

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*