“Kami Gunakan Masa Kuarantin Dengan Ajar Anak-Anak Muqaddam” – Diana Nasir Kongsi Aktiviti Di Rumah Sepanjang PKP

Kakak kepada pelakon jelita Anzalna Nasir, Diana Nasir dikenali di media sosial bersama anak kembarnya, Anggun Darleesa dan Anggun Darleena serta anak bongsu, Anggun Darniella yang dilahirkan pada 10 November 2018.

Tiga orang anak perempuannya ini lebih dikenali sebagai The Angguns itu sentiasa mencur1 tumpuan netizen di media sosial.

Terbaharu, Diana Nasir telah berkongsi aktiviti yang dilakukan bersama-sama anak-anaknya ketika Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksanakan di laman instagram miliknya untuk tatapan umum.

Diana mendedahkan bahawa dia memilih untuk menggunakan masa ketika PKP ini untuk mengajar anak kembarnya, Anggun Darleesa dan Anggun Darleena mengaji Muqaddam.

Menurut Diana, aktiviti tersebut telah menjadi rutin harian keluarga mereka sejak 18 Mac lalu.

“Alif, ba, ta, yaaaa .. ok done papa! Kami menggunakan masa kuarantin ini dengan mengajar Angguns Muqaddam. Ini telah menjadi rutin harian kami sejak MCO,” tulis Diana di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Diana menyatakan tempoh PKP ini memberi ruang kepada suaminya untuk menghabiskan masa bersama dengan anak-anak.

“Saya menghargai masa yang dimiliki sekarang kerana inilah masanya suami saya menghabiskan masa dengan gadis-gadis dan saya kerana sudah tentu selalu sibuk dengan kerja.


“Ia menyeronokkan melihat dia mengambil alih tugas saya setiap saat dan kemudian. Saya secara diam suka suami saya tinggal di rumah dan merasai kehidupan sebagai ibu,” tulis Diana agi.

 

 

Sumber: Ig Diana Nasir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*