Pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin telah mendirikan rumah tangganya dengan pelakon Aeril Zafrel pada tahun 2013.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4, dan Aya Soffya yang kini berusia empat bulan.
Terbaharu, Wawa telah meluahkan hasratnya untuk menambah dua orang cahaya mata lagi sebelum usianya mencecah 30 tahun ini sebagai penyeri dalam rumah tangganya.
Perkara tersebut diluahkan Wawa menerusi laman instagram miliknya. Wawa turut berkongsi foto ketiga-tiga cahaya matanya.
“Eeee tiga dah anak..misi tambah dua lagi sebelum umur 30 tahun. Masalahnya sekarang pun dah 28 tahun,” – tulis Wawa di ruangan kapsyen.
Pada masa sama, isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu turut memberi bayangan bahawa dia tidak mahu mengandung lagi sebaik usianya mencecah 30 tahun.
“Korang umur berapa dan berapa anak? cuba kongsi #30tutupkilang #2moreyears,” tulisnya lagi pada ruangan kapsyen.
Perkongsian Wawa itu kemudiannya menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Sumber: Ig Wawa Zainal
Leave a Reply Cancel reply