Intan Najuwa Buka Tabung Bantu Keluarga & Ibu Tunggal Yang Memerlukan

Aktres jelita Intan Najuwa mengambil inisiatif membuka tabung bantuan bagi membantu golongan yang dalam kesempitan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Intan, buat masa sekarang dia hanya mampu menghulurkan sumbangan sebanyak RM10,000.

“Saya akan teruskan untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Daripada saya sendiri, saya hanya mampu beri 10k buat masa ni dan yang selebihnya kalau you guys nak tambah sangat-sangat dialukan,” tulisnya.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di Instagram (IG) miliknya semalam.

Dalam pada itu, pelakon drama Setelah Ku Dimiliki mengalu-alukan keluarga atau ibu tunggal yang memerlukan untuk menghubungi dirinya.

“Kepada keluarga, ibu tunggal yang sangat-sangat memerlukan, boleh DM intan okay. Mana tahu rezeki awak pulak kali ni.

“Kali ini, sesiapa nak join pun boleh, last time saya berjaya membantu 50 keluarga. Saya harap kali ini kita boleh tolong ramai lagi! Tapi Intan tak paksa okay. If yang nak join pun, seberapa yang korang mampu je okay!

“Sesiapa yang nak hulurkan sumbangan, boleh transfer kat akaun ini okay. Saya akan buka sampai lusa. Mari lakukan ini! Semoga sedikit sebanyak boleh bantu pada yang betul-betul memerlukan,” tulisnya lagi.

Perkongsian Intan itu telah mendapai pelbagai reaksi dari pengikutnya.

 

Sumber: Ig Intan Najuwa

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*