Penyanyi Kucaimars, 23, akui tergamam selepas mengetahui bapa salah seorang peminatnya, Talha Taufiq men1nggal dun1a disebabkan wab4k Covid-19.
Pada malam Ahad lalu, Kucaimars telah membuat live secara rawak di Instagram dan salah seorang peminat yang menyertai sesi live terbabit adalah Talha yang juga kini sedang dirwat kerana positif Covid-19.
“Saya terkejut bila dapat tahu ayah Talha sudah men1nggal dun1a. Allahuakbar.
“Sebelum ini memang Talha nak live dengan saya tapi tak dapat. Dan dia juga memang nak saya ‘cover’ lagu yang dia minat.
“Sebab dia rindu dengan arw4h ayah. Setiap hari Talha akan dengar lagu yang sama bagi mengvbati rasa rindu itu.
“Masa mula-mula dia suruh nyanyi, saya tak tahu lagu tu. Tapi saya cakap akan ‘study’ dulu macam mana.
“Saya perasan juga masa live Talha ke bahagian tepi kamera sambil lap air mata. Saya cuba ubah suasana dengan beri kata-kata semangat.
“Saya cakap kita lelaki kena kuat dan sentiasa ingat kepada Allah,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Sedih gila tengok ig live kucai, he choose randomly to invite someone go live with him & the best unexpected part is this person was covid19’s patient and budak tu request kucai to sing one song for arwah ayah dia yg meninggal sbb covid juga
#StayHomeStaySafe pic.twitter.com/s9fAMqHE7x — E (@erynnabdullah_) April 5, 2020
Tambah pelantun lagu Jawab ini, dia sudah pun menunaikan permintaan Talha yang menginginkan dirinya menyanyikan lagu Titip Rindu Buat Ayah nyanyian asal Ebiet G. Ade.
“Malam tu juga saya dengar lagu tu berulang kali. Dah selesai buat ‘cover’ di rumah, saya kongsikan di akaun YouTube saya.
“Talha ada mesej saya ucapkan terima kasih kerana tunaikan permintaan dia. Dalam masa yang sama, saya juga berasa gembira kerana dapat bantu membahagiakan orang lain,” katanya lagi.
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply