Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati rakyat Malaysia agar mengambil sikap berjaga-jaga dan menjauhi haiwan sebagai langkah mengelakkan dari dijang kiti wa bak COVID-19, lapor Awani
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kebiasaan wa bak tersebut dikesan mempunyai kaitan dengan haiwan, selain kajian menunjukkan hanya tujuh korona virus menjang kiti manusia.
“Jadi daripada korona virus yang kita tahu seperti SARS, Mers-CoV dan sekarang adalah COVID-19. Jadi, ini penting bahawa kita menyarankan orang ramai supaya cuba mengelak kontak rapat dengan haiwan kerana kemungkinan jika kita mempunyai kontak rapat dengan haiwan, jika haiwan Itu dijang kiti vi rus dan (jika) vi rus itu boleh memberi kesan kepada manusia, sebagai contoh korona virus.
“Jadi, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan kita mengambil langkah pelindungan diri selain mengekalkan tahap kebersihan diri. Jika tidak, kita boleh menjadi mang sa,” katanya pada sidang media harian, di sini pada Isnin.
Justeru, Dr Noor Hisham menyarankan pemilik haiwan peliharaan agar membawa haiwan masing-masing untuk menjalani pemeriksaan di klinik haiwan.
Terdahulu, seekor harimau di Zoo Bronx di New York, Amerika Syarikat disahkan positif COVID-19.
Menurut zoo tersebut dalam satu kenyataan, harimau Malaya betina bernama Nadia dan berusia 4 tahun, sebelum itu mengalami batuk kering.
Susulan itu, kakak binatang tersebut, Azul, dua harimau Amur dan tiga singa Afrika kini di bawah pemantauan.
Sumber: Astro Awani via Gempak
Leave a Reply Cancel reply