Mungkin kerana terlalu ma rah, suami kepada Rozita Che Wan, pelakon dan usahawan Zain Saidin memuatkan tiga entri yang sama di Instagram miliknya.
Entri tersebut memaparkan permohonan supaya polis dan ten tera diberi kebenaran untuk mer0tan mereka yang ingkar dengan perintah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Tolong share guys. Kami rakyat Malaysia mahu kerajaan benarkan Ten tera dan Polis menggunakan keke rasan bagi mengawal negara.
“Kami dah tak sanggup PKP ditambah lagi disebabkan mereka-mereka yagn de gil kerana kerajaan terlalu berlembut.
“Dah lebih 14 hari tak kerja. Kami juga ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Kasihanlah kami yang patuh pada PKP ni. Jangan kasihan kepada mereka yang de gil,” terpapar seakan poster pada tiga entri di Instagram Zain.
Tambah Zain, dia sanggup menerima undang-undang tersebut sebagai salah satu langkah pencegahan yang patut diambil oleh pihak kerajaan.
“Please, please, please. Kalau korang tak sanggup, aku sanggup,” tulis Zain sambil meletakkan tanda pagar #toughlove #becrueltobekind.
Perkongsian Zain itu telah mendapat pelbagai reaksi positif daripada pengikutnya. Rata-rata mereka bersetuju dengan cadangan Zain itu.
Sumber: Ig Zain Saidin
Leave a Reply Cancel reply