Ramai selebriti tempatan telah berkongsi aktiviti yang dilakukan bersama ahli keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Pelakon Adrea Abdullah turut tidak melepaskan peluang berkongsi aktiviti yang dilakukan bersama anaknya di rumah.
Adrea telah mendedahkan bahawa dia telah berjaya menghabiskan bacaan ayat suci al-Quran sebanyak tujuh hingga sembilan muka surat sehari sejak PKP dilaksanakan.
Tambah Adrea lagi, dia berasa bersyukur kerana mendapat bimbingan mengaji al-Quran dari anak lelakinya sendiri, Ahmad Afiq.
“Never too late to learn again. Merangkak but getting better.
“Terima kasih ustaz @ahmd.afiq._ sabar ajar mama. 7-9 pages every day. Alhamdullillah Sejuk perut Ibu mengandung.
“My son belajar tahfiz so he hafal Al-Quran. Siap ajar tajwid. Mama banyak dah lupa. Syukur. Since MCO banyak masa so takde alasan dah. Jom kita baca al- Quran everyday,” tulis Adrea di ruangan kapsyen.
Perkongsiannya itu telah mendapat pelbagai reaksi dari pengikut instagramnya.
Sumber: Ig Adrea Abdullah
Leave a Reply Cancel reply