“Saya Rindu Dua Raks4sa Kecil Ini…”- Walaupun Tiada Gejala, Fatin Afeefa Redha Berjauhah Dengan Family Sebagai Langkah Berjaga-Jaga

Pelakon Fatin Afeefa atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsuddin telah mendedahkan bahawa dia terpaksa berpisah dengan anaknya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan di seluruh negara disebabkan bimbang dengan keselamatan anaknya lalu mengkuaritin dirinya selepas pulang dari luar negara, beberapa minggu lalu.

Terbaharu, Fatin telah memuat naik sekeping foto di laman instagram miliknya meluahkan rasa rindu terhadap anak-anaknya iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.

“Saya rindu dua rak sasa kecil ini yang sering memberi saya sak1t kepala.

“Pada hari ke-10 kuarantin diri, saya sendirian. Jauh dari keluarga saya.

“Walaupun saya tidak mempunyai gejala, selepas perjalanan kerja saya, saya terpaksa melakukannya, untuk langkah berjaga-jaga. Kami facetime setiap hari.

“Mereka kini berada di rumah ibu dalam keadaan selamat. Terima kasih mama, terima kasih @fatinafeqah untuk menjaga mereka.

“Baiklah, saya akan mengalami kerosakan men tal. Selamat tinggal buat masa ini” tulis Fatin di ruangan kapsyen.

Perkongsian Fatin itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya. Rata-rata mereka bersimpati dengan keadaan Fatin tu.

 

Sumber: Ig Fatin Afeefa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*