“Ambil Ruang Yang Ada Untuk Puasa Ganti, Setiap Hari Wajib…” – Fasha Sandha Kongsi Rutin Berada Di Rumah

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pelbagai aktiviti positif dilakukan bersama ahli keluarga dirumah dikongsikan oleh selebriti tanah air kita termasuklah pelakon Fasha Sandha.

Fasha Sandha telah mendirikan rumah tangganya bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019 dan ia merupakan perkahwinan pertama buat Aidil dan kedua buat Fasha.

Sebelum ini, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan berpisah pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan yang pertama, Fasha dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 6, dan Putri Raysha Jemaima, 5.

Terbaharu, Fasha telah berkongsi bersama pengikutnya aktiviti yang dilakukannya bersama keluarga sepanjang tempoh PKP ini.

Perkara tersebut dikongsikan Fasha menerusi laman intagram miliknya.

“Allah sentiasa menguji kita di muka bumi ini, ayuh kita ambil positif dengan ujian Allah bagi ini.

“Untuk kami sekeluarga, kami tenang-tenang saja di rumah, kami ambil ruang yang ada untuk puasa ganti, puasa sunat berselang seli hari, setiap hari wajib berjemaah, ajar anak-anak membaca, mengaji, dan buat homework.

“Gunakanlah masa ini dengan perkara berfaedah kesayanganku,” tulis Fasha sebagai kapsyen.

Selain itu, Fasha turut menasihati orang ramai agar tidak berasa tertekan walaupun duduk di rumah dalam satu tempoh masa yang lama.

“Jaga mata, jaga telinga dan jaga mulut, jaga jari jemari tau..Faham, ada juga yang stress sebab lama sangat dalam rumah.

“Kalau takda idea nak buat apa, cuba resipi baru atau main TikTok okay. Ya Allah semoga COVID-19 cepat berlalu pergi dari kita semua,” tulisnya lagi.

 

Perkongsian Fasha itu telah mendapat pelbagai komen dari pengikutnya.  Rata-rata mereka meninggalkan respon positif dan mendoakan kebaikan untuk Fasha sekeluarga.

 

 

Sumber: Ig Fasha Sandha

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*