Baru-baru ini, pelakon Riena Diana telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta selepas mengalami sa kit perut yang melampau semalam.
Namun, Riena mendedahkan dirinya mengalami constipation atau dipanggil gejala sembel1t ketika dihubungi Gempak.
“Saya mengalami ‘constipation’ yang teruk sehingga terpaksa ke hospital.
“Sebenarnya dah dua hari perut saya tidak sihat. Sa kit ini menyebabkan saya ulang-alik ke tandas berulang kali.
“Sampai saya rasa lesu dah,” katanya.
Dalam pada itu, Riena yang dikenali dengan watak Laila dalam drama Kampung People mendedahkan punca sembel1t disebabkan kekurangan air dalam tubuh badan dan tidak makan buah-buahan.
“Saya memang susah untuk minum air setiap hari. Dah banyak kali teman lelaki saya pesan sebab air penting untuk tubuh badan.
“Buah-buahan pun saya tak ambil. Sekarang dah jatuh sak1t, baru sedar,” katanya lagi.
Terdahulu menerusi Instagram Stories miliknya, Riena telah berkongsi sebuah entri ketika berada di hospital untuk mendapatkan rawatan.
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply