Sebelum ini, isteri kepada pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari yang juga seorang tukang jahit telah menjahit sendiri semua PPE dan memberikannya kepada hospital-hospital yang memerlukan ketika frontliners sedang membantu merawat pesa kit COVID-19 di Malaysia.
Terbaharu, Shafeeqa mendedahkan bahawa dia memerlukan lebih tenaga tukang jahit dengan kadar segera untuk menjahit baju pelindung (PPE) buat petugas hospital.
Menurut Shafeeqa, dia sedang mencari pihak kilang yang boleh membantu secara sukarela untuk menjahit PPE dengan kuantiti yang banyak dalam kad8, ar segera untuk Hospital Sungai Buloh.
Perkara tersebut dikongsikan Shafeeqa menerusi laman intagram miliknya.
“Okey, ini untuk hospital uitm sg. Buloh. Jgn tanya sy mana dorg dapat stock sbb sy hanya tahu material sampai.
“Jadi kami memerlukan tenaga jahit yg banyak dan boleh dapat dgn kadar segera. Siapa ada kilang produce baju PPE, bukan nk buat baju raya ya… boleh whatsapp saya.
“Mmg kilang x boleh buka waktu ini tp kami cuba untuk dapatkan pelepasan. Klo nk jahit kat rumah limited space… kami perlukan dalam quantiti yg banyak.
“Tolong kami… untuk fronliners negara… 0177210491”
Shafeeqa turut meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya. Rata-rata pengikutnya menawarkan diri untuk menjadi tukang jahit.
Sumber: Shafeeqa Johari
Leave a Reply Cancel reply