Aplikasi guna kaedah analisa suara untuk kesan Covid-19, masih dalam peringkat eksperimen

Dalam berhadapan Covid-19, kewujudan alat yang boleh membantu pengesanan jang kitan itu dengan cepat pastinya bermanfaat buat pasukan pervbatan di seluruh dunia.

Terbaharu, satu aplikasi sedang dibangunkan oleh pasukan penyelidik yang berpotensi mengesan jang kitan Covid-19 menggunakan kaedah analisa suara.

Dibangunkan di Universiti Carnegie Mellon, Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS), penyelidik berhasrat menghasilkan aplikasi itu sebagai kaedah paling cepat dan murah dalam pengesanan v1rus berkenaan.

“Saya melihat banyak persaingan untuk kaedah pengesanan paling pantas dan paling murah.

“Ada yang agak bagus dan agak tepat. Tetapi tiada apa yang lebih murah melainkan bercakap menggunakan telefon (kaedah analisa suara),” ujarnya.

Aplikasi itu masih lagi belum diluluskan, lapor Sputnik News.

Ia menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengakses suara manusia dan menggunakan skor percakapan dan batuk.

“Skor dari satu hingga 10. Ia boleh mengesan jika suara anda membawa sebarang tanda Covid-19.

“Semakin tinggi skor, semakin besar risiko anda sebenarnya sudah dijang kiti,” ujar pasukan penyelidik itu.

Ia bagaimanapun sehingga kini masih lagi dalam peringkat eksperimen dan tidak akan menggantikan ujian pervbatan sedia ada yang dipakai di seluruh dunia. –

 

Sumber: Daily Star. via Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*