“Dua Tiga Bulan Takda Job Kita Boleh Hadap, Takkan Tak Sampai Sebulan…” – Noorkhiriah

Umun tahu, kerajaan telah melaksanakn Perintah Kawalan Pergerakkan  yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac 2020 namun telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020 bagi membendung penularan wab4k COVID-19.

Susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu, ada segelintir artis telah meluahkan di laman instagram masing-masing berkenaan pendapatan mereka yang telah terjejas apabila terpaksa menghentikan segala aktiviti mereka.

Bagaimanapun, kenyataan itu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang beranggapan bahawa ramai artis menunjuk kemewahan sebelum ini tetapi pada waktu yang susah sekarang mahu meminta bantuan daripada kerajaan.

Perkara ini turut mendapat perhatian daripada pelakon Noorkhiriah atau nama penuhnya Noorkhiriah binti Ahmad Shapie. Noorkhiriah telah menyeru rakan-rakan industri agar tidak mengeluh dengan kehilangan tawaran bekerja ketika negara berhadapan detik sukar ketika ini.

Perkara tersebut diluahkan Noorkhiriah melalui laman instagram miliknya.

“Kita bbaiklah yerr..sebab semuani aturan Allah..cuma pasni apa saja yg kita ada cubalah kita sorok seperti mana kita sorok akan AIB kita..maaf andai salah sampai….jangan gado2 dah..setan tengah tepuk tangan..takkan kita nak bagi setan menang..sebarang komen berbaur perbalahan tidak digalakkan..tkasih

Perkongsian Noorkhiriah itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan pandangannya itu.

Sumber: Ig Noorkhiriah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*