Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lalu, ramai individu yang begitu prihatin tampil menghulurkan bantuan kepada ‘frontliner’ yang berkhidmat untuk negara.
Pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, turut tidak melepaskan peluang menghulurkan bantuan kepada golongan terbabit termasuk mereka yang hidup dalam serba kekurangan sekitar Kluang, Johor.
Shahrol berkata, dia tidak sampai hati melihat golongan susah terputus bekalan makalan. Oleh hal yang demikian dia cuba sedaya upaya untuk membantu golongan ini walaupun hanya kuantiti sedikit.
Perkara itu dikongsikan Shahrol menerusi laman instagram miliknya.
“Ini masa kita buka mata tengok masyarakat sekeliling kita. Jangan bagi sesiapa susah sampai terputus bantuan makanan.
“Mana yang ada hulurkanlah tak banyak pun sikit.. Kita bagi bukan sebab kita kaya tapi kita tau per1tnya bila tiada,” tulisnya Shahrol.
Shahrol turut menitipkan doa buat barisan hadapan negara agar tidak pernah berputus asa dalam merawat mereka yang sak1t.
“Jangan mengalah frontliner semua.. Doa kami mengiringi setiap langkah perjuanganmu,” katanya.
Perkongsian Shahrol itu telah mendapat pelbagai reaksi dari kalangan pengguna instagram. Rata-rata mereka mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih atas tindakan murni Shahrol dalam usaha melakukan kebaikan.
Sumber: Ig Shahrol
Leave a Reply Cancel reply