Baru-baru ini, kec0h di media-media sosial apabila selebriti Black Hanifah, Tomok dan Shuib menyuarakan pandangan mereka mengenai anak seni khususnya artis veteran dan pekerja belakang tabir perlu dibantu.
Isv tersebut mendapat perhatian netizen yang kurang senang kerana menganggap golongan artis mempunyai kehidupan mewah seperti mana yang sering dipamerkan di media sosial sebelum ini.
Bagi penyanyi Mohd atau nama sebenarnya Mohamad Izwan Mohamad Nor yang merupakan juara program Mentor musim ke-4 pula, pendapatannya juga turut terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun dia sama sekali tidak terdesak memohon bantuan khas daripada kerajaan.
Tambah Mohd lagi, dia masih mampu untuk mengerahkan tenaganya mencari rezeki untuk keluarga kerana baginya masih ramai lagi di luar sana yang layak mendapatkan bantuan.
“Seronok bawa e-hailing ni jumpa macam-macam orang. Kalau ada penumpang nak saya menyanyikan lagu boleh je yang penting anda terhibur dan sampai ke destinasi yang hendak dituju,” jelas Mohd lagi.
Perkara tersebut dikongsikan Mohd menerusi laman instagram miliknya.
Leave a Reply Cancel reply