Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri`Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja untuk baginda berdua selama enam bulan.
Emolumen merupakan elaun raja-raja dan peruntukan untuk baginda.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, baginda berdua membuat keputusan tersebut untuk membantu meringankan beban kerajaan menangani w4b4k c0v1d-19.
Baginda berdua juga menyahut keputusan kerajaan yang agar dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong ke Tabung c0v1d-19.
“Perkenan Seri Paduk4 Baginda berdua ini turut mencerminkan keprihatian dan keperibadian tinggi Seri Paduk4 Baginda berdua terhadap perkembangan terkini pandemik ini dan situasi kewangan negara,” katanya dalam satu kenyataan media di Astro Awani.
Tambah beliau, perkara ini telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Sempena sambutan Hari Doktor Sedunia semalam, Seri Paduk4 Baginda berdua menzahirkan penghargaan kepada para doktor dan petugas kesihatan, khususnya di barisan hadapan, di atas khidmat, bakti dan peng0rbanan tanpa penat lelah dan mengira masa menjalankan tanggungjawab membendung pandemik ini.
“Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi Kerajaan berkait di atas pengiktirafan yang telah diberikan oleh firma perkhidmatan kewangan terkemuka di dunia baru-baru ini berkenaan tatacara pengendalian c0v1d-19 di Malaysia,” katanya lagi.
Ahmad Fadil berkata Seri Paduk4 Baginda turut menzahirkan harapan agar rakyat terus bersama Baginda berdua untuk terus berdoa memohon ihsan Allah S.W.T semoga Malaysia sentiasa di dalam lindungan dan rahmat-Nya dan pandemik ini diakhiri dengan berkesan dan segera.
Sumber: Astro Awani via Gempak
Leave a Reply Cancel reply