Farah Lee Buat Projek Hasilkan 6,000 Penutup Kepala Dan 3,000 Tudung Pakai Buang Buat Petugas Kesihatan

Seperti mana yang kita tahu, bekalan pakaian perlindungan diri (PPE) tidak mencukupi sehingga ada segelintir kakitangan kesihatan di hospital terpaksa menjahit sendiri pakaian tersebut.

Ramai pihak tersentuh hati melihat usaha-usaha petugas-petugas di barisan hadapan itu dan mereka cuba meringankan beban yang dihadapi mereka dengan menghulurkan bantuan dalam menyediakan bekalan PPE kepada petugas kesihatan.

Perkara ini turut mendapat perhatian daripada seorang selebriti media sosial yang juga bekas isteri pPengcara Ally Iskandar iaitu Farah Lee dimana dia kini dalam usaha untuk menyalurkan bantuan PPE yang meliputi penutup kepala dan tudung segera untuk kegunaan pakai buang.

Perkara tersebut dikongsikan Farah Lee menerusi akaun instagram miliknya.

“MashaAllah so far kita dah dapat kumpul RM10,000. Terima kasih sangat2 Farah ucapkan pada yang menyumbang dan tolong spread around about this project.!

“Terharu sangat sebab Farah plan and start ni semua sorang2 so memang struggle but one by one datang kawan2 tolong itu ini, ada yang nak collaborate etc then sehari dapat kumpul 10k mashaAllah.!

“InshaAllah untuk first phase ni Farah target untuk produce 6,000pcs PPE headcover dan 3,000pcs instant tudung untuk diagihkan pada health centres seluruh negara. Jadi kita masih perlukan dalam RM17,000 untuk achieve target inshaAllah..

“Kalau masih ada demand, inshaAllah kita boleh sambung untuk second phase pulak.

“So pada health centres yang perlukan bantuan ni, boleh emailkan Farah di esabel.team@gmail.com, nanti Farah provide details #C19HijabProject

“Tolong Farah share2 lagi pasal project ni ya.! Moga dapat kita support our frontliners sambil2” – tulis Farah.

 

Perkongsian Farah itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada penggikutnya. Rata-rata mereka mengucapkan terima kasih atas usaha yang mulia ini.

 

Sumber: Ig Farah Lee

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*