“Masih Kecil Tapi Mereka Faham” – Akur Dengan Situasi, Irma Hasmie Luah Rasa Sayu Sambut Hari Lahir Anak

Pelakon Irma Hasmie berasa sayu menyambut hari lahir anak sulungnya, Redza Syah Irfhan secara sederhana di rumah ketika negara sedang berhadapan kr1sis c0v1d-19 ketika ini.

Namun menurut Irma, anaknya itu memahami situasi sukar yang sedang dihadapi masyarakat meskipun usia mereka masih kecil.

Perkara itu dikongsi Irma menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

“Sayu sedikit tahun ini sambut birthday dia, Naylie pun tahan seb4k.“Mereka mungkin masih kecil tapi saya pasti mereka juga faham dengan cara umur mereka tentang situasi yang kita semua hadapi, sebab bila saya terangkan kenapa kita bersederhana tahun ini, dia terima sebaiknya,” tulis Irma sebagai kapsyen.Dalam pada itu, Irma mengajak orang ramai untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diperolehi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.“Banyak perkara kita belajar sepanjang PKP, ibrah dan hikmah, jadi kita terus sabar ya sahabat-sahabat, jangan henti berdoa agar semua pulih dengan izin Allah.“Bila tiba masanya itu, ingat semua, kekalkan rasa bersyukur yang kita perolehi waktu sukar ini, walaupun keadaan kembali senang, hadiahkan kami rasa itu ya Allah, Amin,” tulisnya lagi.Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Irma di ruangan komen.Rata-rata mereka mengucapkan selamat hari lahir buat Redza dan mendoakan kebaikan buat Irma sekeluarga.

Imbas kembali, Irma mendirikan rumah tangga dengan Redza Syah Azmeer pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Redza Syah Irfhan serta Irma Nur Naylie.

 

 

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*