Sejak akhir-akhir ini, isu artis dikatakan memohon bantuan khas dari kerajaan telah mendapat perhatian ramai. Ramai artis telah menyuarakan pandangan masing-masing mengenai perkara ini.
Pelakon, Sharifah Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired turut tampil memberikan pandangan berhubung perkara ini.
Menurut Sakinah, dia bersyukur kerana setakat ini, dirinya tidak memerlukan bantuan kerana menyedari akan kepentingan menyimpan.
Perkara tersebut telah dikongsikan Sakinah menerusi laman instagram mlikinya.
“Alhamdulilah , kami tak perlukan bantuan. Itu pentingnya SAVING. Kami takda bag mahal ,kami enjoy je. Percaya kepada rezeki memberi.
“Ramai artis yg dah derma diam diam tapi korang tatau. Ramai yang mengambil kesempatan dgn content spill the tea artis, ramai yg sedang tunjuk hero (tapi itu boleh membatu apikan keadaan lagi).
“Sigh… So right now there has been a civil war between us, currently debating which got what and which are suffering or benefit the most. You guys are missing out the big picture, the war is not between ourselves, it’s us between the unseen enemy. It’s doesn’t matter if you are b40, t20, pn or ph, bangsa melayu cina johor kadazan, big power country like US or China.
“Kita semua hamba Allah di muka bumi. Kita kena jaga satu sama lain. We all will always need each other. May Allah forgives us all, baru dugaan sekecil-kecil zarah, tapi kesannya pada seluruh muka bumi tak kira kasta.
“Let’s put aside our differences and focus on contributing. Everyone of us has our own special function in one big family called mankind. Sakinah sedih tau. Patutnya kena kerjasama ni bergadvh2.” – tulis Sarifah di ruangan kapsyen.
Perkongsiannya itu telah mendapat pelbagai reaksi dari pengguna instagram.
Sumber: Instagram Sharifah Sakinah
Leave a Reply Cancel reply