Datin Dr. Halina Mohd Yunos, isteri kepada doktor bed4h ortopedik dan angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sedang melalui proses kuarantin diri sendiri.
Perkara tersebut dikongsi oleh Sheikh Muszaphar di Instagram miliknya dengan memberitahu Dr. Halina terdedah pada c0v1d.
“Dr. Halina exposed to c0v1d. Isteri tercinta Dr. Halina sudah mula melakukan pemeriksaan terhadap pes4kit c0v1d-19 sejak hari pertama lagi.
“Malam tadi dia membuatkan kami risau kerana dia pulang daripada kerja dengan simpton s4kit tekak dan batuk. Lepas lakukan ujian swab, dia terpaksa kuarantinkan dirinya sendiri di dalam bilik sehingga mendapat keputusan,” tulis Sheikh Muszaphar.
Tambah Sheikh Muszaphar, perkara yang amat menyedihkan adalah isterinya itu tidak dapat bersama dengan anak-anak.
“Saya teringat ketika dia menghubungi daripada h0sp1tal dan tidak tahu ke mana mahu dituju kerana tidak mahu saya dan anak-anak mendapat j4ngk1tan.
“Walaupun dalam keadaan begitu, dia masih memikirkan orang lain daripada dirinya sendiri,” tulis Sheikh Muszaphar.
Tambahnya lagi, dia bersyukur apabila keputusan yang diterima adalah negatif, namun bangga dengan isterinya yang terus ingin menyambung kerjanya hari ini.
“Itulah Dr. Halina, bukan kerana dia isteri saya, tetapi kerana dia seorang doktor yang telah dilatih untuk membantu orang lain.
“Untuk meng0rbankan diri demi mereka yang sak1t. Apa yang penting adalah menyelamatkan ny4wa walaupun risik0nya tinggi,” tulisnya lagi.
Datuk Dr. Sheikh Muszaphar turut mendoakan semua doktor, jururawat dan mereka yang terbabit dalam bidang pervbatan supaya terus kuat dan berani.
“Buat isteri tercinta, teruskan usaha murni ini. Insya-Allah, Allah akan mempermudahkan jalan kita dunia dan akhirat.
“You are my true hero. Diri ini berasa kerdil jika dibandingkan dengan segala pengorb4nanmu,” tulis Sheikh Muszaphar khas buat isterinya.
Dr. Sheikh Muszaphar berkahwin dengan Dr Halina pada 2010 dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.
Sumber : Ig Dr. Sheikh Muszaphar
Leave a Reply Cancel reply