COVID-19: Raja Permaisuri Agong Masak Sendiri Makanan Untuk Staf Hospital Sungai Buloh & HKL

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencuri perhatian wargamaya apabila mencemar duli memasak bagi petugas-petugas di h0sp1tal Sungai Buloh dan h0sp1tal Kuala Lumpur.

Menerusi laman sosial Twitter, puteri keempat baginda, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah berkongsi beberapa keping foto untuk tatapan umum.

“Makanan untuk h0sp1tal Sungai Buloh dan h0sp1tal Kuala Lumpur. Semua Tuanku Permaisuri Agong masak sendiri,” tulisnya menerusi satu kicauan.

Antara menu yang dihasilkan oleh Baginda khas untuk petugas di h0sp1tal Sungai Buloh adalah nasi putih, kari ayam, sayur goreng, telur dadar yang dimasak di istana kemudian dibungkus rapi dan diedarkan kepada petugas berkenaan.

Manakala, nasi goreng ‘cheminahsayang’ dan sambal tumis bilis serta kek muffin menjadi menu untuk petugas Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, ramai wargamaya yang memuji tindakan baginda yang sangat prihatin.

Malah, ada juga yang tidak sabar mahu merasa air tangan masakan baginda.

“Bestnya memasak ni kan. Bukan hanya orang nak kahwin je belajar masak but masak ni sesuatu yang kita boleh sumbangkan di waktu yang memerlvk4n. Raja Permaisuri Agong beri saya inspirasi untuk belajar memasak dan berkhidmat untuk masyarakat waktu memerlvk4n macam waktu ni,” luah seorang wargamaya.

“semoga keluarga Tuanku Permaisuri Agong dimurahkan rezeki. Terima kasih,” doa seorang wargamaya.

“Assalamualaikum. Nak join team dapur istana. Ada kena isi borang ke?” tanya seorang wargamaya.

“Untung dapat rasa air tangan Raja Permaisuri Agong,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah mendapat hampir 12,000 ulang kicau daripada warga Twitter.

 

 

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*