KUALA LUMPUR: Persiapan membendung penu laran gelombang ketiga COVID-19 sedang dilakukan, negara ketika ini.
Perkara itu dikongsi Kementerian Kesihatan (KKM) di dalam Twitternya, @KKMPutrajaya yang turut memuatnaik beberapa gambar persediaan yang sedang dilakukan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
“Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba melawat MAEPS di Serdang, pagi tadi. MAEPS dalam persiapan akhir sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisik0 Rendah. Ia menempatkan 600 katil iaitu 400 untuk pesa kit lelaki dan 200 wanita.
“Pusat ini sebagai persediaan sekiranya berlaku gelombang ketiga. Ia akan menempatkan pesa kit COVID-19 yang mempunyai gejala berisik0 rendah.
“Manakala pesa kit berisik0 tinggi terutama mereka yang mempunyai sejarah penya kit kr0nik ditempatkan di hospital,” kata kementerian itu dalam dua ciapan, sebentar tadi.
Menerusi gambar yang dikongsi itu, Dr Adham dilihat sedang meninjau dewan MAEPS dan diberi penerangan oleh beberapa pegawai dipercayai pegawai KKM dan Majlis Keselamatan Negara.
Gambar yang dikongsi menunjukkan, beberapa katil ditempatkan di dalam petakan yang dijadikan seperti bilik dan sekurang-kurangnya dua meja termasuk meja dan kerusi disediakan di dalam dewan berkenaan.
Sumber: BH
Leave a Reply Cancel reply