Pakai Topeng Muka Masuk Pasar Raya, Perlu Atau Tidak? Ikuti Penjelasan Dr Say

Pemakaian topeng muka telah menjadi pertika1an orang ramai sama ada perlu dipakai atau tidak semasa keluar rumah seperti ke pasar raya.

Perkara ini turut terjadi kepada Doktor selebriti, Shazril Shaharudin atau lebih dikenali sebagai Dr Say apabila dia tidak dibenarkan masuk ke sebuah pasaraya kerana tidak memakai topeng muka.


Pengalaman tersebut dikongsikan Dr Say melalui laman instagram miliknya kerana dia merasakan perlu untuk dia menjelaskan syarat sebenar pemakaian topeng muka ketika dunia sedang dilanda pandemik COVID-19.

“Tergerak hati saya nak buat topik ini atas dua sebab, sebab pertama, saya tidak dibenarkan masuk ke sebuah pasaraya di Cyberjaya untuk membeli groceries sebab tak pakai mask.

“Kedua, saya tengok makin berleluasa penjualan mask berharga Yahudi, sekotak 25 mask harganya sampai RM80 kiranya satu mask tu melebihi had yang ditetapkan kerajaan iaitu RM2,” 

“Belum cerita lagi scammers yg cakap jual mask, last2 duit kalian yg dikebas.”

Dr Say turut menyenaraikan syarat dan golongan yang sepatunya memakai topeng muka:

1) Petugas kesihatan yg mengendali pesakit (doktor, misi, pegawai kesihatan)
2) Petugas di barisan hadapan (polis, tentera)
3) Jika anda menjaga individu yg ada gejala pernafasan
4) Jika anda ada gejala pernafasan (batuk, selsema)”

Dr Say turut menasihatkan orang ramai supaya tidak perlu memakai mask jika tidak tergolong dalam kumpulan di atas dan pastikan menjarakkan diri satu meter dengan individu lain ketika berada di luar rumah.

Sekiranya anda tak tergolong dalam kumpulan di atas, ANDA TIDAK PERLU MEMAKAI MASK. “Tapi doc, buatnya orang tu bersin pastu dia tak pakai mask & kita tak pakai mask, tak ke naya?”. Sebab itulah sangat dititikberatkan social distancing 1 meter tu. Tak pakai mask yg dipersoalkan padahal dalam supermarket bersardin-sardin kalian ok pulak? Bagi pendapat sy daripada melarang orang tak ber-mask masuk supermarket lebih baik hadkan kemasukan pelanggan & nak lagi bagus rekod suhu pelanggan sebelum masuk supermarket.
.
“Aah sy tak kisah doc, sy nak pakai jugak” by all means silakan. Hukum yg sy sebut tadi pun PERLU, bukannya WAJIB. Jadi nak pakai mask silakan tapi janganlah larang kebebasan mereka yg tak pakai. @kementeriankesihatanmalaysia dah keluarkan poster pasal mask, WHO juga. Daripada anda bazirkan duit mengenyangkan Yahudi topeng & scammers kat luar sana baik anda sumbang kepada KKM untuk pembelian alat-alat keperluan perubatan bukankah itu jauh lebih baik?

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

 

Sumber: Ig Dr Shazril

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*