Saban hari, jumlah mereka yang disahkan positif Covid-19 semakin meningkat dan ini boleh membawa kepada kebanjiran kes di hopsital.
Oeh hal yang demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap jumlah peningkatan kes dapat dielakkan supaya tidak berlaku sesuatu di luar jangkaan.
Ini kerana jika sampai ke tahap tersebut, tidak mustahil jika doktor perlu memilih pesa kit yang perlu diutamakan dalam soal peralatan pervbatan.
“Hari ini, ada 64 pesa kit dalam ICU, dengan 27 daripadanya menerima sokongan ventilator. Jika kita rawat mereka dengan baik, mereka boleh pulih pada masanya.
“Kebimbangan adalah jika ada peningkatan (kes), maka kita perlu pilih pesa kit mana (untuk gunakan ventilator). Kami harap tak akan sampai ke tahap itu.”- ujar Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah
Walaupun mengharapkan yang terbaik, KKM sedang bersedia untuk berdepan kemungkinan terburuk dalam mendepani Covid-19.
“33 hospital di seluruh negara, termasuk tujuh hospital universiti, telah dipilih untuk merawat pesak1t Covid-19.
“Secara keseluruhan ada 3,000 katil di wad biasa dan Unit Rawatan Rapi (ICU) sedia untuk berdepan kemungkinan terburuk.
“Dengan persediaan ini kita berharap dapat memutuskan rantaian jang kitan dan mengurangkan kes positif.
“Kami telah mengenal pasti 26 hospital, dan tujuh universiti hospital, dan diharapkan mereka mampu mendepaninya dan ada katil untuk pesa kit Covid-19, termasuk ICU,” katanya ketika sidang media di Putrajaya pada Selasa.
Jika lebih banyak katil diperlukan, beliau berkata pihaknya sedia untuk menjadikan institut latihannya sebagai wad hospital.
“Kita tak boleh bina hospital dalam masa sepuluh hari, tapi kita boleh tukarkan institut latihan kepada wad,” katanya.
Sumber: MalaysiaKini via gempak
Leave a Reply Cancel reply