“”Kadang-Kadang Kita Terlupa Bahawasanya Ada Wira Di Sebalik Wira…” – Jasmin Hamid

Tidak dapat dinafi dan dipersoal lagi mengenai peranan petugas barisan hadapan (frontliner) seperti doktor, jururawat, polis dan tentera dalam meme rangi Covid-19. Namun, selain mereka, petugas kebersihan (cleaner) juga merupakan wira yang perlu diberi perhargaan sama seperti petugas barisan hadapan yang lain.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian pelakon Jasmin Hamid dimana dia telah berkongsi sebuah artikel berkaitan petugas kebersihan yang disifatkan sebagai wira tak didendang beserta kapsyen di bawah:

“Kadang-kadang kita terlupa bahawasanya ada WIRA di sebalik WIRA.. Mereka juga berkorban nyawa dan masa untuk pastikan semuanya sentiasa bersih dan selamat.. .
.
Dengan gaji yang tak mahal, mereka tetap lakukan demi tugas dan tanggungjawab..
Terpaksa berpanas dengan baju keselamatan yang harus di pakai.. TERIMA KASIH pada semua semua CLEANER yang bertugas buat masa yang KRITIKAL ini..
Boleh bayangkan keadaan di hospital kalau mereka tiada? .
.
Hebat Bukan?”

 

 

Perkongsiannya itu telah mendapat pelbagai respond dari pengguna instagram yang lain. Rata-rata pengikutnya sama-sama mendoakan keselamatan semua petugas yang terlibat dalam menangani Covid-19.

 

 

Sumber: Ig Jasmin Hamid

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*