Pelajar UiTM Positif Covid-19, Jumlah Terkini Tiga Orang – Naib Canselor

Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengesahkan bahawa seorang pelajar pengajian jarak jauhnya (E-PJJ) positif Covid-19, pada Jumaat lalu.

Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim berkata, setakat ini, seramai tiga orang pelajar disahkan positif Covid-19 dan mereka kini sedang menjalani rawatan.

Tambah beliau lagi, pelajar yang disahkan positif Covd-19 pada Jumaat kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dijangkit1 melalui bapanya yang didapati positif virus itu.

“Bapa pelajar berkenaan mendapat jangk1tan tersebut daripada kontak iaitu saudaranya yang menyertai perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Sri Petaling, baru-baru ini.

“Pelajar tersebut pula telah menghadiri kuliah pada 15 Mac dan apabila mendapati dirinya disahkan positif Covid-19, dia telah memaklumkan kepada pensyarahnya mengenai keadaannya yang dijangk1ti,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam Sabtu.

Sehubungan itu, UiTM melalui Pusat Gerakan Covid-19 dan Pusat Kesihatan UiTM telah memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai keadaan pelajar itu.

“Kontak-kontak rapat telah dikenal pasti oleh pihak UiTM dan mereka telah menjalankan saringan Covid-19 di Pusat Kesihatan Daerah Kepong.

“Pihak UiTM juga telah melakukan pembersihan dan pembasmian kuman di kelas dan kawasan berkaitan sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan v1rus tersebut tersebar,” katanya.

Mohd Azraai turut meminta semua pelajar dan kakitangan agar tidak bimbang terhadap keselamatan mereka kerana pihak UiTM telah mengambil langkah-langkah pencegahan penyak1t berjangk1t dan kawalan jangk1tan yang sepatutnya.

“Mereka juga telah disarankan untuk mengikuti arahan dan nasihat pihak pengurusan UiTM dan KKM dari semasa ke semasa,” katanya.

 

 

 

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*