“Bayangkan Mereka Kepanasan Memakai Sut Hospital” – Vivy Yusof Sumbang Penghawa Dingin Untuk Hospital

Usahawan popular, Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadza Anuar telah menyumbangkan penghawa dingin mudah alih (portable) kepada pihak h0spital yang memberi rawatan kepada pes4kit COVID-19.

Menurut Vivy, dia sendiri telah menghubungi beberapa h0spital untuk bertanya tentang keperluan mereka.

Perkara itu dikongsi Vivy menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

“Selepas pihak h0spital dan sukarela melakukan pelbagai perkara yang menakjubkan, saya dan Fadza merasakan kami harus lakukan sesuatu.

“Saya hubungi pihak h0sp1tal dan bertanya tentang keperluan mereka, kami membuat keputusan untuk menyumbang beberapa penghawa dingin mudah alih dari pihak semua individu di Fashion Valet.

“Beberapa penghawa dingin telah dihantar ke h0sp1tal Serdang, Insya-Allah lebih banyak peralatan menyusul selepas ini,” tulis Vivy sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Vivy turut menulis kata-kata penghargaan buat semua kaki tangan h0sp1tal yang terlibat dalam usaha merawat pes4kit COVID-19.

“Kita berada di luar rumah selama dua minit pun boleh merungut, bayangkan mereka kepanasan memakai sut h0spital yang menutupi tubuh dari kepala ke kaki.

“Terima kasih diucapkan kepada mereka kerana telah berbakti kepada masyarakat, saya rasa bangga menjadi sebahagian dari masyarakat yang mengambil berat antara satu sama lain,” tambahnya lagi.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Vivy, rata-rata men1ngg4lkan respon positif dengan memuji usaha murni usahawan tersebut.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!

 

 

Sumber: Gempak

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*