Kongsi Tip ‘Contactless Delivery’ Untuk Mudahkan Penghantar Makanan, Faizdickie Dapat Pujian Netizen

Selebriti media sosial, Faizdickie berkongsi tip ‘contactless delivery’ yang digunakan untuk perkhidmatan penghantaran makanan ketika w4b4k c0v1d-19 yang sedang berleluasa.

Menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya, Faiz atau nama sebenarnya, Mohd Nasrul Faiz Abu Azal, 32, menggunakan penyangkut baju yang diubahsuai untuk memudahkan penghantar makanan melakukan kerja mereka.

“Hanya Tuhan sahaja yang tahu, setiap hari berapa banyaklah makanan yang perlu dihantar oleh abang / kakak rider ni.

“Setiap penghantaran tu, bukan kita sebagai pelanggan je boleh terded4h dengan c0v1d-19, tapi risik0 kepada rider-rider ni lagilah tinggi kan? Haa.

“Jadi, perkara yang paling kecil yang saya boleh lakukan adalah untuk memudahkan kerja mereka dengan buat ‘contactless delivery’ ni.

“Walaupun untuk sesetengah orang, bila tinggalkan makanan depan pintu gini, mungkin kelihatan sedikit kurang wajar, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat mengekalkan jarak sosial,” tulis Faiz.

Dalam pada itu, Faiz juga memuji peng0rbanan penghantar makanan yang sudi bekerja keras untuk mereka yang sedang berada di rumah sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula tiga hari lalu sehingga 31 Mac hadapan.

“Mungkin tak boleh singk1rkan risiko tu 100 peratus tetapi Insya-Allah kita sama-sama cuba elak ya?

“Tabik untuk semua penghantar makanan yang sudi kerja keras hantarkan makanan kat kami semua yang tengah #stayathome ni. Thank you! Muahh

“Jom kita semua mainkan peranan untuk melawan c0v1d-19, tak kira ia sekecil mana, okay?” tulisnya lagi.

Di ruangan komen, figura yang terkenal dengan tagline #VillagePeople ini mendapat pujian wargamaya atas idea kreatif yang diberikan.

Pengikut Faiz juga berterima kasih kepada jejaka ini kerana menghargai mereka yang mencari rezeki dengan menjadi penghantar makanan.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka jika terpaksa keluar, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah c0v1d-19!

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*