Walaupun Perint4h Kawal4n Pergerakan sedikit sebanyak membat4skan aktiviti harian penggiat industri hiburan tanah air, namun mereka bersikap prihatin terhadap pelaksanaan itu, lapor Astro Awani.
Selain memberi pesanan kepada peminat untuk kekal tinggal di rumah, keadaan itu, bagaimanapun, tidak menghalang penggiat seni terutamanya penyanyi untuk menghiburkan peminat yang turut menjalani kuarantin kendiri menerusi laman sosial peribadi mereka.
Antara barisan artis tanah air yang dilihat memberi peringatan dan memberi hiburan kepada peminat ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aizat Amdan, Naim Daniel dan Alif Satar.
Pengawalan Pergerakan. Duduk Di Rumah. Stay At Home. Tolong jangan sebarkan lagi virus ini.#dudukrumah #stayathome pic.twitter.com/pAYtaIpu1y
— Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) March 19, 2020
Penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza misalnya memuat naik fotonya memegang sekeping kertas beserta mesej di Twitter dengan kapsyen, “Pengawalan Pergerakan. Duduk Di Rumah. Stay At Home. Tolong jangan sebarkan lagi v1rus ini. #dudukrumah #stayathome,” tulisnya.
Beliau turut menggunakan kaedah bersahaja dalam mendidik masyarakat dengan menggunakan tajuk single terbaharu beliau ‘7 Nasihat’ sebagai memberikan panduan kepada pengikut di laman sosialnya.
Sementara itu, lebih menarik apabila Aizat Amdan yang popular dengan lagu ‘Hanya Kau Yang Mampu’ mengubah lirik asal lagu itu bersesuaian dengan situasi masyarakat berdepan kawalan pergerakan ketika ini.
Harusnya kau patuhi perintah berkurung
Bukannya beli tiket balik kampung
Berita yg membuatku panik takkan berakhir
Hanya engkau yg mampu hentikan virus ini
Duduk rumah ooohh
Duduk rumah ooohh #dudukrumah pic.twitter.com/8YIxHzY3RJ— Aizat Amdan (@MuhdAizatAmdan) March 18, 2020
“Harusnya kau patuhi perintah berkurung, bukannya beli tiket balik kampung, berita yg membuatku panik takkan berakhir, hanya engkau yang mampu hentikan v1rus ini, duduk rumah ooohh,” demikian memetik bait lirik oleh Aizat yang berbentuk nasihat supaya tinggal di rumah.
Selain itu, pelantun lagu ‘Sumpah’, Naim Daniel turut mencuit hati pengikutnya di Instagram dengan mengenakan lagu nyanyian artis lagenda, Alleycats berjudul, ‘Kerana’.
Meskipun usaha selebriti negara dalam mendidik sambil menghiburkan pengikut mereka di laman sosial boleh dikatakan agak minima, namun masyarakat perlu mengambil serius terhadapa pelaksanaan ini dalam usaha mengekang pandemik c0v1d-19.
Sumber : Astro AWANI.
Leave a Reply Cancel reply