“Bagi saya, apa yang terjadi ada hikmah tersendiri..” – Khai Bahar

Penyanyi Khai Bahar atau sebenarnya Muhammad Khairul Bin Baharuddin yakin apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Konsert Khai Bahar : Dari Smule Ke Pentas Dunia yang septutnya berlangsung dua malam pada 27 Mac depan di Istana Budaya (IB) terpaksa ditunda berikutan penu1aran COVID-19.

 

“Bagi saya, apa yang terjadi ada hikmah tersendiri. Saya percaya, jika Allah tak izinkan hari ini, Allah akan bagi yang lebih baik pada masa akan datang.

Tambah Khai Bhar, kita tidak boleh ambik mudah mengenai perkara ini kerana melibatkan soal keselamatan dan kesihatan. Mungkin ini peluang untuknya berlatih lagi bagi memantapkan persembahannya.

 

“Mungkin ini peluang untuk saya berlatih bagi memantapkan persembahan. Lagipun perkara ini ada kaitan dengan soal kesihatan dan keselamatan, jadi kita kena ambil langkah berhati-hati dan tidak boleh nak ambil mudah.

 

“Kita fikir positif sahaja,” katanya.

Dalam pada itu Khai turut berterima kasih kepada peminat kerana rasional ketika menerima berita mengejutkan itu.

“Kepada peminat, saya harap mereka dapat bersabar menunggu tarikh baharu konsert ini.

“Terima kasih kerana memahami situasi ini apabila tidak memberontak atau memberi tekanan kepada semua pihak. Insya-Allah, konsert ini akan diteruskan, bukannya dibatalkan,” katanya.

 

 

Sumber: BHOnline , Ig Khai Bahar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*