Terdahulu, Mawar Karim dan Fizo Omar telah mendirikan rumah tangga pada November 2013, kemudian berpisah pada 10 Julai tahun lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maryam Wan Hafizol.
Sepanjang 8 bulan bergelar ibu tunggal, Mawar mendedahkan kehidupnnya berjalan seperti biasa.
Tambah Mawar lagi, dia kini lebih fokus kepada bisness dan anaknya, Maryam Wan Hafizol yang bakal menginjak usia tiga tahun Disember depan.
“Saya teruskan kehidupan seperti biasa sebagai ibu tunggal. Pada masa sama, saya kini lebih fokus pada bisnes dan anak yang masih lagi kecil.
“Kiranya, keutamaan kepada dua perkara itu,” jelas Mawar.
Selain itu, Mawar juga akui anaknya yang mesra disapa Cik Yam itu seperti memahami apa yang berlaku.
“Bagi saya, anak yang semakin membesar ini seolah-olah faham akan sitausi yang berlaku.
“Sedikit demi sedikit, Maryam seperti faham. Misalnya saya kata padanya, Daddy nak datang ambil, dia pun akan cakap okay.
Mawar turut mendedahkan hubungannya dengan Fizo kekal baik demi anaknya Maryam.
“Malah ada ketikanya mereka buat panggilan video bersama dan kami masing-masing memang ambil kira soal perkembangan Maryam.
“Hubungan kami kekal baik demi anak,” jelas Mawar lagi.
Ditanya mengenai sama ada sudah bersedia mencari pengganti bekas suaminya, Mawar punya jawapannya sendiri.
“Masih belum terfikir. Saya belum bersedia kerana anak masih lagi kecil dan pada masa sama, sibuk berniaga.
“Sebolehnya saya mahu berikan tumpuan lebih pada Maryam kerana tak mahu lepaskan momen dia membesar.
“Bagi saya dalam tempoh tiga tahun ini, adalah fasa terbaik untuk anak untuk bersama ibu dan sebaliknya.
“Kalau yang hantar teks menerusi DM di Instagram itu adalah, akan tetapi ia diuruskan oleh pekerja saya.
“Bagaimanapun, saya kerap menerima teks dari kaum wanita yang bertanya serta ingin mendapatkan nasihat dari kalangan ibu tunggal dan mereka yang sedang dalam proses percera1an.
“Ada di antaranya saya balas dan apa yang paling penting saya katakan pada mereka adalah kepentingan anak-anak,” tambah Mawar lagi.
Sumber: MH, Ig Mawar karim
Leave a Reply Cancel reply