Konsert Ditunda, Khai Bahar Berlapang Dada

Penyanyi Khai Bahar atau nama penuhnya Muhammad Khairul bin Baharuddin, mendedahkan bahawa dia berlapang dada apabila konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia ditangguhkan sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19. Konsert tersebut sepatutnya berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 27 dan 28 Mac depan.

Demi mengambil berat keselamatan semua pihak, Fauziah Ahmad Daud iaitu peganjur konsert berkata, syarikatnya, Ogy Ventures & Network Sdn Bhd membuat keputusan menangguhkan acara tersebut.

Tambah Fauziah Daud lagi, atau lebih mesra dipanggil Ogy berkata, konsert tersebut tidak dibatalkan tetapi tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian  selepas pihaknya berbincang dengan pengurusan IB, lusa

“Selepas berbincang dengan produksi dan sebagai mematuhi arahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita setuju menangguhkan konsert ini kepada tarikh lain.



“Peminat yang sudah membeli tiket tidak perlu risau kerana konsert ini ditunda, bukan dibatalkan.

Sebarang perkembangan terbaru mengenai acara ini akan saya maklum dari masa ke semasa,” katanya.

Ogy bagaimanapun melihat penangguhan konsert terbabit sebagai hikmah kepada pasukan produksi termasuk Khai.

 

“Khai terima berita ini dengan berlapang dada. Sekurang-kurangnya, Khai ada banyak masa lagi untuk berlatih bagi memantapkan persembahan,” katanya.

Konsert berskala mega itu bakal menyaksikan Khai menyanyikan hampir 20 lagu popular.

 

Sumber: BHOnline, Ig Khai Bahar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*