Aw4s! 8 Tempat Ini Ada Banyak Kuman Tanpa Anda Sedari

Mikroorganisma, bakteria dan virus adalah makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi ada di hampir semua tempat tidak kira di bilik tidur, pejabat, kenderaan awam termasuk kereta anda sendiri!

Bagaimanapun kita patut rasa beruntung kerana 99 peratus daripada kuman itu tidak mendatangkan bah4ya namun satu peratus lagi yang boleh mendatangkan kebimbangan kerana ia mampu menyebabkan pelbagai peny4kit seperti batuk, cirit-birit hingga membawa kemat1an.

Kita semua tahu tempat seperti tandas, hospital mempunyai jumlah kuman yang sangat tinggi namun ada beberapa tempat lain sering kita sentuh dan tanpa disedari ada bakteria berb4haya.

1. Paip air

Sumber: Google

Bahagian hujung paip air yang diperbuat daripada besi merupakan magnet bagi kuman. Air yang mengalir akan membuatkan permukaannya lembab, sesuai untuk pertumbuhan bakteria.

Kita yang sering menyentuh hujung paip dengan tangan kotor ketika membasuh pinggan atau mencuci ikan dapat membuatkan pembiakan bakteria lebih cepat.

Ini melalui pembentukan dinding kuman yang disebut potagen yang membiak di hujung kepala paip. Bagi menjaga kebersihannya, buka kepala paip dan rendam dalam sabun sebelum dibersihkan.

2. Tempat letak pinggan

Sumber: Google

Kajian mendapati terdapat lebih daripada 500,000 bakteria di tempat letak pinggan dan jumlah itu 1,000 kali lebih banyak daripada tempat duduk tandas.

Sebaik-baiknya, sentiasa bersihkan tempat cuci pinggan dan jangan sampai tunggu tumbuh kulat untuk dicuci!

 

3. Kain lap pinggan

Biasanya kita akan menggunakan kain khas untuk mengelap pinggan yang basah dan jarang mencucinya kerana menganggap ia tidak kotor tetapi tahukah anda, ia juga tempat kegemaran kuman membiak!

Kajian terhadap ratusan rumah di Amerika Syarikat mendapati tujuh peratus kain lap di dapur tercemar dengan bakteria dipanggil methicilin resistant staphylococcus aureus selain mengandungi E.coli dan bakteria lain.

Bakteria ini sangat berbah4ya kerana ia boleh menyebabkan jangk1tan pada kulit. Sebaik-baiknya basuh kain pengelap pinggan anda dua kali seminggu serta gunakan air panas dan cecair pembersih khas bagi membvnuh kuman.

 

4. Papan kekunci komputer

Sumber: Googlr

Secara umumnya, bakteria yang hidup di kulit kita termasuk kuku, tangan boleh berpindah ke papan kekunci komputer (keyboard).

“Makan sambil menggunakan keyboard merupakan salah satu penyebab pencemaran bakteria,” kata penyelidik seperti dilaporkan dalam International Journal Enviromental Research and Public Health.

Selain membersihkan meja kerja anda, jangan lupa untuk bersihkan peralatan pejabat yang sering disentuh termasuk keyboard. Mencuci tangan atau menggunakan hand sanitizer boleh membantu.

 

5. Telefon

Kajian mendapati telefon anda mengumpul banyak kuman dan mikroorganisma lain. Tidak hanya di telefon, tetapi banyak gajet lain turut terdedah kepada pembiakan kuman.

Sebaik-baiknya, sering lap telefon anda menggunakan kain bersih atau elak meletakkan ia ditempat terbuka serta membawanya ke tandas.

6. Vakum

Vakum mungkin membersihkan lantai rumah anda tetapi peralatan itu pula yang mengumpul banyak kotoran. Setiap kali selepas selesai menggunakan vakum, sebaiknya bersihkan bekas pengumpul sampah.

7. Papan pemuka kereta

Bahagian papan pemuka kereta adalah tempat paling banyak kuman dalam kenderaan. Kuman itu ‘bertandang’ menerusi lubang penghawa dingin dan kebanyakannya melekat di dashboard. Rajin-rajinlah mengelap ya?

8. Tempat letak sabun

Hampir 25 peratus tempat letak sabun di tandas tercemar oleh bakteria. Sabun yang tercemar bakteria memang kedengaran pelik, tetapi itulah realitinya.

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*