Pernah Ditanya Kenapa Nikahi Mawar Dan Dikaitkan Dengan GST, Ini Jawapan Raf Yaakob

Selebriti Raf Yaakob atau nama penuhnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob telah berkahwin dengan pelakon Mawar Rashid pada Oktober 2017 yang lalu.

Sebelum ini, Mawar pernah dihimpit dengan kontrovers1 Isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ketika bersaing dalam Dewi Remaja 2015.

Raf yang kini suami Mawar, mengakui dia turut terkena tempias kontr0versi ketika mengambil keputusan untuk menikahi pelakon Mawar Rashid.

Menurut Raf, ada netizen yang menanyakan kenapa dia pilih Mawar sebagai isteri.

“Ada yang tanya, kenapa saya pilih Mawar? Ada pula yang siap ‘throwback’ mengenai kontr0versi GST yang pernah dilalui oleh isteri saya.

“Saya sendiri mempunyai persepsi lain… Kalau saya berada di tempat Mawar ketika itu pun, pastinya saya gementar dan ‘blank’ sehingga tak tahu untuk menjawab persoalan mengenai GST,” dedahnya ketika ditemui di majlis pelancaran produk kosmetik isterinya, Mawarose di Suka Sucre Bistro, Cheras baru-baru ini.

Raf menjelaskan bahawa dia mempunyai pesepsi tersendiri mengenai Mawar. Tambah Raf lagi,  isterinya merupakan seorang wanita yang bijak dan mempunyai banyak kelebihan.


“Sejujurnya, saya tahu dia menjawab dengan ikhlas ketika itu. Mawar yang saya kenali seorang wanita yang bijak dan dia pandai menyerlahkan potensi diri.

Selain itu, Raf turut berbangga dengan pencapaian isterinta kerana berjaya melebarkan sayap dalam dunia bisnes.

“Apa yang penting, Mawar mempunyai hati yang sangat baik. Kini, saya sangat berbangga dengan isteri saya kerana dia sudah melebarkan sayap dalam bisnes pula.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan berdoa agar perniagaan kecantikan Mawarose yang diusahakan oleh Mawar memperoleh kejayaan,” kata Raf.

Menerusi produk yang dijalankan oleh Mawar bersama keluarganya, mereka mengeluarkan produk pertama iaitu Magic Rose Lips & Cheek Cream.

Selain dijual secara atas talian dan menerusi stokis, Mawarose juga menampilkan kelainan kerana ia dijual menerusi ‘vending machine’.

 

Sumber: Gempak, Ig Mawar Rashid

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*